Sri Lanka bebaskan 637 tahanan - Utusan Malaysia

Sri Lanka bebaskan 637 tahanan

GOTABAYA Rajapaksa
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLOMBO: Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa hari ini memberi pengampunan kepada 637 tahanan di seluruh negara selepas berlaku rusuhan di sebuah penjara susulan peningkatan kes jangkitan Covid-19 dalam kalangan banduan.

Menteri Kehakiman, Ali Sabry memaklumkan kerajaan akan ‘membebaskan ribuan lagi tahanan’ pada masa akan datang bagi mengurangkan kesesakan dalam penjara.

Dianggarkan lebih 30,000 tahanan memenuhi beberapa penjara di seluruh Sri Lanka iaitu tiga kali ganda melebihi kapasiti mereka.

Selain itu, 1,200 tahanan disahkan positif Covid-19 dengan dua kematian direkodkan sebelum ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya