Roket prototaip SpaceX terhempas - Utusan Malaysia

Roket prototaip SpaceX terhempas

ROKET prototaip Starship berlepas dalam ujian penerbangan di Texas sebelum meletup dan terhempas. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Sebuah roket prototaip milik SpaceX iaitu Starship terhempas selepas meletup dan terbakar semasa ujian pelancaran di sepanjang pantai Texas semalam. 

Sebelum itu, syarikat itu begitu bersemangat ketika siaran langsung pelancaran tersebut dengan tertera mesej ‘Percubaan yang bagus, Tahniah pasukan Starship.’ 

Pengasas SpaceX, Elon Musk memuat naik ciapan dalam Twitter selepas penerbangan itu dan menjelaskan punca letupan itu disebabkan pendaratan terlalu cepat berlaku. 

Dia menceritakan kejayaan roket itu dengan menjelaskan semasa pelepasan, perubahan kedudukan dalam penerbangan dan lintasan pendaratannya yang tepat sebelum letupan berlaku. 

“Kami dapat semua data yang diperlukan! Tahniah pasukan SpaceX,” katanya. 

Pelancaran ujian semalam berjaya berlepas dengan betul sebelum beberapa enjin lain terpadam. 

Setelah empat minit 45 saat penerbangan, enjin ketiga roket tersebut terpadam dan selepas dinyalakan semula, roket tersebut gagal dikawal lalu terhempas.

Selepas beberapa percubaan dibatalkan minggu ini, pelancaran roket itu disiarkan secara langsung menerusi akaun Twitter @SpaceX. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.