Pfizer tangguh penghantaran vaksin ke lapan negara EU - Utusan Malaysia

Pfizer tangguh penghantaran vaksin ke lapan negara EU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Pengeluar vaksin Covid-19, Pfizer menangguhkan penghantaran tempahan vaksin ke lapan negara Kesatuan Eropah (EU) termasuk Sepanyol, sehari selepas negara-negara blok Eropah memulakan program vaksinasi.

Menurut cawangan Pfizer di Madrid, penangguhan penghantaran itu diakibatkan oleh ‘masalah penyusunan dan proses penghantaran’ di pusat pengedarannya yang terletak di Belgium.

Pfizer memaklumkan kepada Kementerian Kesihatan Sepanyol bahawa masalah itu sudah pun diselesaikan namun menyatakan proses penghantaran vaksin akan menjadi lewat sedikit iaitu lambat sehari dari yang dijadualkan.

Menterinya, Salvador Illa berkata, masalah itu juga berkait dengan isu mengawal suhu untuk menyimpan vaksin berkenaan.

Vaksin keluaran Pfizer perlu disimpan pada suhu yang sangat rendah iaitu -70 darjah Celsius sebelum dihantar atau diedarkan di pusat vaksin dengan menggunakan bekas yang berisi ais kering. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.