Pecah rekod dunia berdiri paling lama dalam ais - Utusan Malaysia

Pecah rekod dunia berdiri paling lama dalam ais

ROMAIN Vanderdorpe berjaya pecah rekod dunia berdiri paling lama dalam bekas diisi ketulan ais di Wattrelos, Perancis. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WATTRELOS, PERANCIS: Seorang lelaki Perancis, Romain Vandendorpe, 34 berjaya mencipta rekod dunia sebagai individu paling lama berdiri dalam kotak dipenuhi ketulan ais.

Tindakan pekerja kesihatan itu dibuat bagi mengumpul dana  untuk membantu kanak-kanak yang menghidap kanser.

Vandendorpe mencipta rekod dunia dengan berdiri dalam keadaan suhu sejuk selama dua jam 35 minit dan 43 saat, iaitu 40 minit lebih lama berbanding rekod terdahulu di bandar Wattrelos, Utara Perancis.

Dia berlatih untuk mengatasi had manusia menerusi teknik neuro kognitif berdasarkan imaginasi dan tumpuan dengan meletakkan dirinya dalam keadaan mengelamun.

Percubaan luar biasa itu pernah dilakukan kira-kira 50 orang.

“Jika kita berlatih sepenuhnya dan memberikan yang terbaik, kita mampu memperoleh hasil serta meningkatkan pencapaian,” ujarnya.

Antara teknik latihannya termasuk duduk di jakuzi sejuk, berlatih di dalam peti sejuk 500 liter dan kemudian dikambus salji di resort ski Chamonix.

Vandendorpe mahu menyumbangkan wang yang diperoleh hasil kejayaannya kepada Persatuan Wonder Augustine di Wattrelos selepas kematian seorang gadis berusia empat tahun, Augustine dua tahun lalu akibat kanser otak.

Dalam pada itu, Ketua Persatuan Wonder Augustine, Steve De Matos berkata, semua orang boleh menyumbang satu euro untuk setiap minit Vandendorpe berdiri dalam ais.

Vandendorpe sempat  bertemu Augustine beberapa hari sebelum dia meninggal dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.