PBB undi ganja keluar dari senarai narkotik - Utusan Malaysia

PBB undi ganja keluar dari senarai narkotik

PENGGUNAAN ganja untuk perubatan memerlukan penelitan pelbagai pihak. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VIENNA: Negara anggota agensi Dadah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengundi untuk menggugurkan status ganja daripada senarai kawalan ketat dadah narkotik.

Lapor Reuters, langkah itu selaras cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk melakukan kajian terhadap penggunaan ganja dalam sektor perubatan. 

Persidangan tahunan Suruhanjaya Dadah Narkotik memperoleh undian 27 berbalas 25 untuk menggugurkan ganja daripada Jadual IV, Konvensyen Tunggal Dadah Narkotik 1961 iaitu peraturan global yang mengawal kawalan dadah. 

Undian itu adalah berdasarkan cadangan WHO pada 2019 yang menyebut ganja sepatutnya dikawal bagi mencegah sebarang risiko akibat dadah tersebut dan pada masa yang sama, tidak menjadi halangan kepada akses serta kajian berkaitan kegunaan perubatan.

Dadah lain dalam Jadual IV itu termasuk heroin, fentanyl dan opioid yang dikategorikan sebagai berbahaya dan boleh menyebabkan kematian. 

Mengikut penemuan WHO, ganja tidak mempunyai risiko kematian kerana berupaya merawat kesakitan dan epilepsi. 

Kenyataan PBB mengenai persidangan tersebut bagaimanapun tidak memberitahu negara mana yang menyokong atau melarang perubahan itu termasuk alasan undian yang disifatkan sengit. 

Persidangan tersebut menyatakan pihak yang mengambil bahagian akan mengambil tindakan kawalan khusus yang diperlukan dengan mengambil kira sifat-sifat berbahaya daripada ubat yang disenaraikan dalam Jadual IV. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya