Malta rampas 612 kg kokain bernilai RM339 juta - Utusan Malaysia

Malta rampas 612 kg kokain bernilai RM339 juta

BUNGKUSAN dadah yang dirampas oleh pihak berkuasa di Terminal Freeport Malta di Birzebbuga. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VALLETTA: Jabatan Kastam Malta berjaya merampas sebanyak 612 kilogram (kg) kokain yang bernilai 69 juta euro (RM339 juta) dalam satu operasi dijalankan untuk melumpuhkan sindiket pengedaran dadah.  

Jabatan itu dalam satu kenyataan turut memaklumkan, ia merupakan rampasan dadah terbesar yang pernah dilakukan dalam sejarah Malta.

Dadah tersebut disimpan dalam 510 bungkusan dan disembunyikan di dalam kargo palet yang membawa minyak masak.

Kargo itu berasal dari Ecuador dan berlepas melalui Columbia sebelum dipintas di Malta ketika dalam perjalanan ke Libya.

“Keraguan yang timbul ketika proses pengimbasan imej kargo menyebabkan pegawai melakukan pemeriksaan secara fizikal ke atas muatan kontena.

“Rampasan ini pecah rekod disebabkan nilai tinggi dan jumlah diperolehi daripada satu kontena sahaja.  

“Pada 2019, Kastam merampas 750 kg yang bernilai AS$100 juta (RM406.2 juta) daripada 16 kontena,” jelas jabatan itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya