Maghribi perkenal subjek sejarah Yahudi - Utusan Malaysia

Maghribi perkenal subjek sejarah Yahudi

MAGHRIBI memutuskan sejarah dan budaya masyarakat Yahudi akan dimasukkan ke dalam silibus pembelajaran di semua sekolah di negara ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RABAT: Kerajaan Maghribi memutuskan sejarah dan budaya masyarakat Yahudi akan dimasukkan ke dalam silibus pembelajaran di semua sekolah di negara ini.

Setiausaha Agung Majlis Komuniti Yahudi di Maghribi, Serge Berdugo menyifatkan keputusan itu mempunyai kesan sebesar `tragedi tsunami’.

“Langkah itu merupakan yang pertama di dunia Arab,” katanya dari Casablanca kepada AFP. 

Sejak beberapa tahun lalu, walaupun Maghribi tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel, beribu-ribu orang Yahudi yang berasal dari negara ini akan mengunjungi tempat asal usul moyang mereka bagi menyambut perayaan keagamaan.  

Maghribi kini menjadi negara Arab keempat bersetuju menjalin hubungan diplomatik dengan Israel, selepas Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Sudan.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, pejabat perhubungan akan dibuka semula di Rabat dan Tel Aviv dan mewujudkan hubungan diplomatik penuh dengan secepat mungkin.

Maghribi mengesahkan perjanjian itu dengan memaklumkan Raja Mohammed VI menerusi panggilan telefon dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bahawa bersetuju menjalin hubungan diplomatik dengan Israel dengan sedikit penundaan.

Dalam pada itu, Kementerian Pendidikan Maghribi memaklumkan keputusan menambah sejarah dan budaya Yahudi dalam silibus pembelajaran sekolah sudah dipersetujui sebelum perjanjian diplomatik diumumkan. 

Menurut ketua program akademik di kementerian itu, Fouad Chafiqi, langkah tersebut bertujuan memaparkan identiti kepelbagaian di Maghribi. – AFP  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.