Lelaki ditahan cuba pujuk wanita peluk agama Islam - Utusan Malaysia

Lelaki ditahan cuba pujuk wanita peluk agama Islam

SEORANG lelaki di Uttar Pradesh ditahan polis kerana didakwa cuba memujuk seorang wanita Hindu memeluk agama Islam. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Polis di utara India menahan seorang lelaki beragama Islam yang didakwa cuba memujuk seorang wanita supaya memeluk agama Islam.

Lapor CNN, lelaki berusia 21 tahun yang merupakan seorang pelajar itu ditahan di Uttar Pradesh, beberapa hari selepas negeri itu melaksanakan undang-undang baharu yang menyasarkan ‘cinta jihad’.

Terma itu digunakan bagi merujuk golongan lelaki Islam cuba memujuk wanita beragama Hindu memeluk agama Islam atas dasar cinta.

Mana-mana pihak yang didapati bersalah di bawah undang-undang tersebut berdepan dengan hukuman penjara 10 tahun.

Di bawah undang-undang tersebut, perkahwinan akan diisytiharkan ‘terbatal dan tidak sah’ sekiranya wanita itu sengaja memeluk agama Islam tanpa kerelaannya.

Selain itu, penduduk Hindu yang ingin menukar agama Islam selepas berkahwin perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa tertinggi.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya