Lebih 600,000 penduduk UK terima dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech - Utusan Malaysia

Lebih 600,000 penduduk UK terima dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech

SEORANG warga emas menerima suntikan pertama vaksin Covid-19 keluaran Pfizer-BioNTech di sebuah pandu lalu di pusat vaksinasi di Hyde, Britain, baru-baru ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Lebih 600,000 penduduk di United Kingdom (UK) sudah menerima dos pertama vaksin keluaran Pfizer-BioNTech sejak proses vaksinasi bermula di negara itu pada awal bulan ini.

“Jumlah penduduk yang sudah menerima vaksin antara 8 Disember dan 20 Disember adalah sebanyak 616,933 orang,” jelas Jabatan Kesihatan dan Penjagaan Sosial dalam satu kenyataan.

Pada awal bulan ini, UK menjadi negara pertama di dunia untuk mengggunakan vaksin dibangunkan oleh Pfizer dan BioNTech selepas pihak pengawal selia meluluskan penggunaannya.

Secara keseluruhannya, Britain telah menempah sebanyak 40 juta dos vaksin Pfizer.

Setiausaha Kesihatan, Matt Hancock berkata, pihaknya menjangkakan untuk menerima berjuta-juta lagi dos menjelang akhir tahun ini.

Malah, jelas Hancock, syarikat farmaseutikal, AstraZeneca juga sudah menyerahkan data lengkap mengenai vaksin Covid-19 yang dihasilkannya kepada badan pengawal selia ubat-ubatan UK.

Ketua Agensi Perundangan Perubatan dan Penjagaan Kesihatan (MHRA), June Raine berkata, badan pengawal selia sudah memulakan kajian data tersebut dan akan membuat keputusan dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, menurut kerajaan Britain, suntikan vaksin Covid-19 telah diberikan kepada penghuni di pusat jagaan, penduduk berusia 80 tahun dan ke atas, kakitangan kesihatan menerusi lebih 500 pusat vaksinasi. – REUTERS

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.