fbpx

Kubur tumpang atasi masalah kurang kubur di Jakarta

KAWASAN perkuburan mangsa Covid-19 di Jakarta semakin terhad dan pihak berkuasa tempatan merancang melakukan sistem kubur bertindih. - AGENSI

JAKARTA: Kawasan perkuburan pesakit Covid-19 di Jakarta semakin berkurangan dan kaedah perkuburan bertindih atau kubur tumpang dilihat merupakan penyelesaian untuk mengatasi masalah tersebut. 

Lapor CNN Indonesia, di kawasan perkuburan Pondok Ranggon, Jakarta Timur misalnya, hanya tinggal 30 kawasan kubur untuk mayat bukan Islam sementara kubur orang Islam sudah penuh.   

Namun, situasi itu bukanlah perkara baharu di bandar ini susulan pandemik Covid-19 yang semakin teruk.

Pihak berkuasa tempatan melihat kubur tumpang adalah langkah yang paling berkesan dilakukan berbanding alternatif lain seperti membuka tanah baharu yang susah hendak direalisasikan dengan keadaan tanah yang mahal serta berpotensi ditolak penduduk tempatan. 

Bagaimanapun, langkah itu perlu mendapat persetujuan daripada ahli keluarga mangsa bagi mengelak sebarang tuntutan yang tidak dijangka.

Berdasarkan data di corona.jakarta.go.id sepanjang Oktober lalu, terdapat 1,231 pengebumian melibatkan pesakit Covid-19 di Jakarta, sementara 1,171 pengebumian dilakukan pada November. 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN