Kes bunuh di AS ‘sama naik’ dengan Covid-19 - Utusan Malaysia

Kes bunuh di AS ‘sama naik’ dengan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DETROIT: Andre Avery sentiasa memastikan pistolnya berada di sisi setiap kali dia memandu trak komersialnya melalui Detroit.

Avery, 57, membesar di Motor City dan menyedari mengenai kes bunuh dan tembakan yang semakin meningkat ketika ini, biarpun pandemik Covid-19 dilihat ‘meredakan sedikit keadaan’ di bandar ini serta di tempat lain.

Pistol yang dimiliki Avery adalah sah kerana dia memiliki lesen senjata api dan tujuannya membawa pistol itu adalah sebagai perlindungan.

“Saya sentiasa berjaga-jaga dengan tidak berada dalam himpunan orang yang terlalu ramai dan jika berlaku sesuatu, saya akan terus beredar,” katanya.

Di Detroit, Chicago, New York, Philadelphia, Michigan dan Milwaukee, 2020 menjadi tahun ‘paling banyak merekodkan kematian’ dan situasi itu bukan hanya disumbangkan oleh pandemik Covid-19.

Penyalahgunaan senjata api dalam kalangan penduduk menjadi antara penyumbang kematian tertinggi di negara ini dan disifatkan semakin meningkat dari semasa ke semasa.

 

Banyak faktor pendorong

Pihak berkuasa dan kumpulan pakar ‘tidak dapat memberi jawapan konkrit’ berhubung peningkatan jenayah senjata api, sebaliknya menuduh masalah ekonomi dan sosial yang diakibatkan oleh Covid-19 menjadi antara faktor utama kenaikan masalah tersebut.

Selain itu, pandangan umum terhadap polis susulan kematian George Floyd di Minneapolis dan masalah kenaikan kadar pengangguran dalam komuniti kurang bernasib baik turut menjadi pendorong kepada permasalahan terbabit.

Dua tahun lalu, Detroit merekodkan sebanyak 262 kes pembunuhan iaitu paling sedikit dalam tempoh beberapa dekad.

Jumlah itu ‘kekal’ buat seketika, namun hanya berbaki beberapa hari sebelum tahun 2021 muncul, kes pembunuhan di bandar ini meningkat sehingga 300 kes dengan insiden tembakan tanpa kematian bertambah lebih 50 peratus iaitu 1,124 pada pertengahan bulan ini.

Ketua Polis Detroit, James Craig berkata, pandemik Covid-19 memberi kesan emosi kepada semua penduduk AS, menyaksikan ada segelintir daripadanya tidak dapat mengawal masalah yang berlaku sehingga menggunakan senjata api sebagai penyelesaian.

Kira-kira 7,000 senjata api dirampas pada pertengahan bulan ini di Detroit dengan 5,500 orang ditahan kerana memiliki senjata secara haram.

Lebih 187 kes bunuh berlaku di Washington pada tahun ini, iaitu meningkat lebih 20 kes berbanding tahun sebelumnya.

 

Covid-19 burukkan keadaan

Dalam pada itu, bekas pensyarah sosiologi di Universiti Michigan, Carl Taylor berkata, Covid-19 secara tidak langsung ‘memburukkan lagi kekecewaan dan kemarahan’ komuniti kulit hitam terhadap isu diskriminasi.

Katanya, koronavirus setakat ini sudah meragut 300,000 nyawa penduduk di seluruh negara dengan komuniti minoriti merupakan paling teruk terjejas.

Presiden AS, Donald Trump sebelum ini mendakwa peningkatan kadar jenayah dikaitkan dengan protes besar-besaran yang membantah keganasan polis, namun kebanyakan demonstrasi diadakan secara aman.

Trump juga menuduh kegiatan jenayah banyak berlaku di negeri yang ditadbir parti Demokrat, namun dakwaan itu pastinya tidak benar kerana masalah turut timbul di bandar yang dikuasai Republikan.

Pada awal Oktober lalu, sebanyak 363 kes bunuh direkodkan di Philadelphia berbanding 356 kes pada tahun lalu dan keadaan sama juga berlaku di New York iaitu 354 kes pada tahun ini berbanding 264 pada 2019. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya