Jalan kaki 12 jam dapatkan bantuan - Utusan Malaysia

Jalan kaki 12 jam dapatkan bantuan

TIGA pelancong terpaksa berjalan selama 12 jam bagi menyelamatkan bapa dan anak lelakinya di kawasan pedalaman Australia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Seorang bapa dan anak lelakinya yang berusia 10 tahun berjaya di selamatkan di sebuah kawasan pedalaman di Australia selepas kenderaan yang dinaiki mereka bersama tiga lagi rakan terperangkap dalam banjir.

Lapor BBC, selepas terperangkap, tiga individu tersebut berjalan kaki sejauh 50 kilometer selama 12 jam menuju ke bandar terdekat, Mount Isa untuk mendapatkan bantuan, manakala bapa dan anaknya tinggal di lokasi kejadian.

Satu operasi menyelamat dilakukan selepas tiga individu tersebut tiba di balai polis dan memaklumkan mengenai keadaan lelaki dan anaknya.

Mereka juga berjaya menunjukkan lokasi bapa dan anak itu melalui peta.

Sebelum waktu senja, kru penyelamat helikopter menemukan bapa dan anak lelaki yang sedang duduk di atas bumbung kereta mereka.

Menurut pihak berkuasa, mereka berada dalam keadaan sihat dan tidak memerlukan sebarang rawatan perubatan.  

“Mereka semuanya kemudiannya diterbangkan ke Lapangan Terbang Mount Isa,” jelas Perkhidmatan Penyelamat LifeFlight RACQ dalam satu kenyataan. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.