Hujan lebat cetus banjir di Songkhla, Phatthalung - Utusan Malaysia

Hujan lebat cetus banjir di Songkhla, Phatthalung

PENDUDUK melintasi jalan yang dinaiki air di daerah Muang, Songkhla berikutan hujan lebat. - ASSAWIN PAKKAWAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SONGKHLA: Hujan lebat menyebabkan banjir kilat berlaku di kebanyakan kawasan di wilayah selatan Thailand termasuk Songkhla dan Phatthalung.

Lapor Bangkok Post, di Songkhla, simpang lima arah Nam Krachai yang terletak di kampung Moo 2, daerah kecil Phawong di daerah Muang, dinaiki air setinggi kira-kira 40 sentimeter.

Jalan lama Kanchanawanich yang menuju ke Hat Yai tidak dapat dilalui susulan banjir yang berlaku, selain banyak kenderaan terkandas di sepanjang jalan berkenaan.

Banjir kilat itu menyebabkan majlis perbandaran Songkhla terpaksa menutup enam buah sekolah dan pusat jagaan kanak-kanak yang terletak di bawah bidang kuasanya untuk tempoh sehari demi keselamatan kanak-kanak.  

Selain itu, banyak kawasan perbandaran turut mengalami banjir dengan komuniti Tao-it dan pusat bandar Songkhla terjejas teruk.

Di Phatthalung pula, paras air meningkat di kebanyakkan daerah terutamanya di Ban Dan Lod di daerah kecil Khuan Saothong, daerah Tamot.

Malahan, beberapa kawasan turut dinaiki air setinggi paras pinggang.

Sementara itu, hujan lebat diramalkan terus berlaku di wilayah selatan Thailand termasuk Surat Thani, Nakhon Si Thammarat, Phatthalung, Songkhla, Pattani, Yala dan Narathiwat

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya