Haiwan mirip anjing hisap darah kambing - Utusan Malaysia

Haiwan mirip anjing hisap darah kambing

SEBAHAGIAN daripada bangkai kambing yang mati di Cibingbin, Jawa Barat, Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Puluhan ekor kambing milik penduduk kampung Cipondok di daerah Cibingbin, Jawa Barat ditemukan mati secara misteri.

Lapor Tribunnews, seorang daripada penduduk yang dikenali sebagai Warmad berkata, sebanyak 24 kambing mati secara tiba-tiba.

“Tujuh ekor kambing saya turut mati dalam keadaan misteri dan insiden itu menyebabkan penduduk kampung mengalami kerugian,” katanya.

Menurut ketua kampung, Cipto, penduduk ada memaklumkan kepadanya mereka pernah ternampak kelibat haiwan mirip anjing sedang menghisap darah kambing ternakan penduduk.

Katanya, kewujudan haiwan aneh tersebut tidak dihiraukan sehingga puluhan kambing penduduk ditemukan mati tiba-tiba.

Selain itu, Cipto juga menjelaskan terdapat kesan gigitan haiwan buas pada bahagian leher hampir semua kambing yang mati selain badan haiwan tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya