Gempa bumi 5.5 skala Richter gegar Turki - Utusan Malaysia

Gempa bumi 5.5 skala Richter gegar Turki

SEORANG lelaki berjalan di hadapan sebuah bangunan yang hampir runtuh akibat gempa kuat melanda Izmir, Turki pada November lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Satu gempa bumi sekuat 5.5 skala Richter melanda timur Turki hari ini.

Menurut Agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), titik gempa tersebut dikesan di daerah Sivrice di wilayah Elazig pada pukul 6.37 pagi waktu tempatan dengan kedalaman 10 kilometer.

Menteri Dalam Negeri Turki, Suleyman Spylu berkata, tiada kes kematian mahupun kerosakan infrastruktur dilaporkan setekat ini.

Pada Januari lalu, gempa bumi berukuran 6.8 skala Richter melanda Elazig, menyebabkan lebih 40 orang terkorban.

Sekurang-kurangnya 114 orang terbunuh dan lebih 1,000 cedera apabila gempa bumi sekuat 7.0 magnitud berlaku di Laut Aegean pada November lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya