Dipaksa makan daging babi setiap Jumaat - Utusan Malaysia

Dipaksa makan daging babi setiap Jumaat

KERAJAAN China merancang untuk membuka ladang ternakan babi di Kashgar yang menempatkan 90 peratus penduduk beragama Islam. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Seorang doktor dari etnik Uighur mendedahkan pihak berkuasa China akan memaksa tahanan yang beragama Islam makan daging babi setiap hari Jumaat.

Lapor Al Jazeera, Sayragul Sauthbay berkata, kerajaan China sengaja memilih hari Jumaat kerana merka tahu hari itu adalah hari suci untuk umat Islam.

“Jika anda enggan mengikut arahan untuk makan daging babi, anda akan menerima hukuman keras.

“Polisi itu sengaja dicipta untuk memberi rasa malu dan terhina kepada tahanan setiap kali mereka dipaksa makan daging  babi,” katanya.

Selain itu, penindasan terhadap penduduk Uighur tidak hanya terhad kepada budaya serta agama.

Seorang pakar antropologi dari Jerman, Adrian Zenz berkata, kerajaan China kini meluaskan ‘polisi sekularisme’ mereka dengan mengembangkan industri penternakan babi.

Katanya, terdapat usaha ‘aktif’ untuk menjadikan wilayah Xinjiang sebagai hab penternakan babi terbesar.

“Terdapat ladang penternakan babi di Kashgar di selatan Xinjiang dan kerajaan China menyasarkan untuk menternak kira-kira 40,000 ekor babi setiap tahun.

“Projek itu akan dibangunkan di kawasan seluas 25,000 meter persegi,” katanya.

Namun, penternakan babi di kawasan tersebut bukan untuk dieksport, sebaliknya untuk memastikan bekalan daging babi di Kashgar mencukupi setiap masa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.