Dihalau dari pesawat, anak enggan pakai pelitup muka - Utusan Malaysia

Dihalau dari pesawat, anak enggan pakai pelitup muka

KRU United Airlines memaksa keluarga Orban keluar dari pesawat kerana anak kecil mereka enggan memakai pelitup muka. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Seorang wanita kecewa selepas keluarganya dihalau keluar dari pesawat United Airlines kerana anak perempuan mereka yang berusia dua tahun enggan memakai pelitup muka.

Lapor Daily Mail, perkara itu didedahkan oleh Eliz Orban yang menangis dalam satu video menerusi akaun Instagramnya pada Jumaat lalu.

Video tersebut menunjukkan Orban bersama suami dan anak perempuannya, Edeline berada di lapangan terbang selepas diminta meninggalkan pesawat.

“Kami baru sahaja dihalau keluar dari pesawat kerana anak kami enggan memakai pelitup muka.  

“Kami juga dilarang menaiki pesawat United Airlines untuk selama-lamanya hanya kerana anak kecil kami tidak mahu memakai pelitup muka,” kata Orban yang ketika itu ingin menaiki pesawat dari Colorado ke Newark, New Jersey.

Klip video itu juga menunjukkan detik-detik kakitangan United Airlines memaksa keluarga tersebut keluar dari pesawat, walaupun Orban dan suaminya cuba memujuk anak perempuan mereka untuk memakai pelitup muka tetapi gagal berbuat demikian.

Keluarga itu kemudian mengemas barangan mereka dan meninggalkan pesawat.

Rakaman video itu turut menunjukkan seorang kakitangan syarikat penerbangan tidak membenarkan pasangan berkenaan membawa bagasi mereka termasuk kerusi keselamatan bayi dan memberitahu ia akan disimpan dalam pesawat hingga menuju destinasi terakhir.

Video yang dikongsi oleh Orban itu menerima lebih 5.9 juta tontonan sekali gus mengundang pelbagai reaksi daripada warganet.

Dalam pada itu, seorang jurucakap United Airlines menerusi kenyataan memaklumkan pihaknya mengutamakan aspek kesihatan dan keselamatan kakitangan serta penumpang.

Oleh itu, katanya, syarikat penerbangan itu melaksanakan beberapa polisi termasuk mewajibkan setiap individu dalam pesawat yang berumur dua tahun dan ke atas memakai pelitup muka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya