'Dah kaya, kaya lagi' - Utusan Malaysia

‘Dah kaya, kaya lagi’

NILAI kekayaan hartawan AS direkodkan meningkat lebih AS$1 bilion (RM4.1 bilion) sejak wabak koronavirus bermula. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Ketika kebanyakan dunia terjejas akibat pandemik Covid-19, golongan hartawan di Amerika Syarikat (AS) terus ‘menjadi kaya’ apabila nilai harta mereka direkodkan meningkat lebih AS$1 bilion (RM4.1 bilion) sejak wabak koronavirus bermula.

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Institut Pengajian Polisi dan Ketelusan Cukai untuk Rakyat Amerika (ATF) mendapati kekayaan kolektif yang dimiliki oleh 651 hartawan di negara ini meningkat dari AS$2.95 trilion (RM11.9 trilion) pada 18 Mac kepada AS$4.01 trilion (RM16.3 trilion) setakat awal minggu ini.

Pengarah Eksekutif ATF, Frank Clemente berkata, keuntungan yang diperoleh golongan hartawan tersebut boleh disifatkan melebihi pakej bantuan yang dicadangkan oleh Kongres untuk mengurangkan beban rakyat.

“Jumlah keuntungan yang peroleh golongan itu semasa pandemik ini sangat besar sehinggakan mereka mampu membayar dana bantuan utama Covid-19 dan masih tidak ‘kehilangan sedikit pun’ kekayaan mereka,” katanya.

Pada Selasa lalu, White House mengusulkan rang undang-undang bantuan sebanyak AS$916 bilion (RM3,721 bilion) kepada Speaker Kongres, nancy Pelosi ketika pentadbirannya berusaha mencapai kesepakatan berhubung pakej bantuan bagi membendung kesan ekonomi yang dicetuskan oleh pandmeik Covid-19.

Setiausaha Jabatan Perbendaharaan AS, Steven Mnuchin menerusi Twitter memaklumkan pakej bantuan itu merangkumi pembiayaan untuk kerajaan negeri dan tempatan serta perlindungan liabiliti yang kukuh untuk perniagaan, sekolah dan universiti.

Rang undang-undang baharu itu diusulkan sebelum Trump meninggalkan White House pada Januari depan dan jumlah stimulusnya lebih tinggi berbanding usul sebelum ini yang berjumlah AS$908 bilion (RM3,688) yang dikemukakan oleh kumpulan senator pada minggu lepas.

Dalam pada itu, para pengkaji menyatakan jumlah kekayaan yang diperoleh golongan hartawan sebanyak AS$1 trilion itu membolehkan cek rangsangan bernilai AS$3,000 (RM12,186) dikeluarkan untuk kira-kira 300 juta penduduk negara ini.

Selain itu, kajian tersebut juga menegaskan perdebatan mengenai pembayaran cukai oleh golongan kaya di negara ini secara tidak langsung meningkatkan jurang ketidaksamarataan kekayaan penduduk.

Satu lagi kajian yang yang dikeluarkan oleh syarikat perbankan UBS dan firma perakaunan PwC pada Oktober lalu menemukan kekayaan kumulatif  bilionair dunia mencapai rekod baharu iaitu sebanyak AS$10.2 trilion (RM41.4 trilion).

Jumlah itu meningkat berbanding AS$8.9 trilion (RM36.2 trilion) yang direkodkan pada 2017.

Sementara itu, pandemik Covid-19 turut menjejaskan pasaran saham pelbagai industri pada Mac lalu, namun keadaan itu dilihat tidak menjejaskan golongan hartawan yang terlibat dalam sektor kesihatan serta teknologi. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya