Bina hub digital vaksin Covid-19 - Utusan Malaysia

Bina hub digital vaksin Covid-19

SUASANA pusat pembuatan vaksin Covid-19 di pejabat Bio Farma, Bandung, Indonesia. - ANTARA FOTO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDUNG: Syarikat Bio Farma menjalinkan usahasama dengan Telkom Indonesia bagi membangunkan infrastruktur digital dalam penyediaan vaksin Covid-19 sambil menunggu kelulusan pihak berkuasa (EUA) oleh Badan Pengawal Ubat dan Makanan (BPOM). 

Lapor Kompas, Pengarah Penjagaan Kesihatan Digital Bio Farma, Soleh Udin Al-Ayubi berkata, sistem infrastruktur digital itu dibuat bagi berdepan cabaran yang akan dihadapi apabila vaksin Covid-19 secara rasmi dilancarkan oleh Menteri Kesihatan. 

“Ini adalah keputusan kerjasama Telkom yang berperanan sebagai perunding integrasi data daripada pelbagai sumber kementerian serta institusi kerajaan polis dan tentera. 

“Matlamatnya adalah untuk merancang pengedaran vaksin, perkhidmatan vaksin, pengesahan penerimaan vaksin berpotensi daripada pelbagai pihak,” katanya.

Menurut Soleh, sistem itu akan diintegrasikan dengan ahli farmaseutikal Badan Usaha Milik Negara (BUMN) seperti Kimia Farma dan Indofarma termasuk hospital, klinik dan perkhidmatan kesihatan lain. 

Bagi Bio Farma, infrastruktur digital yang disediakan termasuk membuat permohonan yang boleh mengesan kesahihan produk vaksin Covid-19 dan melaksanakan sistem pengedaran vaksin mengikut waktu sebenar (sistem cold chain). 

Seterusnya sistem itu juga boleh mengira bilangan vaksin yang diperlukan dengan tepat supaya produk vaksin Covid-19dapat diedarkan secara lebih sekata. 

Tambah Soleh, terdapat empat peringkat dalam pembinaan infrastruktur digital tersebut termasuk pemasangan teknologi penjejakan dalam bentuk kod bar 2D atas bungkusan vaksin Covid-19 yang akan dilakukan semasa proses pembungkusan produk. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya