2 penumpang buka pintu pesawat - Utusan Malaysia

2 penumpang buka pintu pesawat

DUA penumpang bertindak keluar daripada pesawat Delta dengan membuka pintu kabin di Lapangan Terbang La Guardia, New York. -CNN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Dua penumpang kapal terbang Delta yang dalam penerbangan ke Atlanta membuka pintu kabin dan mengaktifkan pintu kecemasan untuk keluar daripada pesawat ketika menuju landasan di Lapangan Antarabangsa La Guardia, semalam.

The New York Times melaporkan dua penumpang itu kini ditahan dan seekor anjing juga diturunkan bersama mereka.

Jurucakap Delta, Morgan Durrant berkata, selepas mereka keluar dari pesawat itu, kapal terbang itu berpatah semula dan menurunkan penumpang lain.

Katanya, syarikat penerbangan itu akan memindahkan penumpang ke pesawat lain.

“Juruteknik penyelenggaraan telah membuat penilaian terhadap pesawat itu dan dijadualkan kembali beroperasi petang ini,” katanya.

Pihak CNN sedang berusaha mendapatkan penjelasan lanjut daripada pihak berkuasa New York dan New Jersey.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya