fbpx

18 pelombong maut di China

BEIJING: Sebanyak 18 pelombong disahkan meninggal dunia dalam satu kejadian kebocoran gas karbon monoksida di sebuah lombong arang batu di barat daya China.

Lapor media tempatan, operasi mencari dan menyelamat masih sedang dijalankan bagi menyelamatkan lima individu lain yang masih terperangkap di lombong bawah tanah itu.

Stesen penyiaran China, CCTV melaporkan sebanyak 24 pelombong terperangkap dalam kemalangan di lombong Diaoshuidong di bandar Chongqing selepas insiden kebocoran gas itu berlaku semalam.

Jelas CCTV dengan memetik kenyataan ibu pejabat pusat operasi kecemasan tempatan, setakat pagi ini, seorang individu dan 18 mangsa berjaya ditemukan.

Kejadian itu berlaku ketika pekerja sedang menanggalkan peralatan pelombongan.

Dilaporkan, sebelum ini lombong itu ditutup selama tempoh dua bulan.

Agensi berita rasmi, Xinhua melaporkan, para penyiasat sedang melakukan siasatan untuk mengenal pasti punca kemalangan.

Berdasarkan laporan Xinhua, kemalangan yang berlaku di lombong tersebut pada 2013 telah mengorbankan tiga orang. – AFP

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN