Vaksin: FDA jumpa pemohon Disember ini - Utusan Malaysia

Vaksin: FDA jumpa pemohon Disember ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA) akan mengadakan pertemuan pada 10 Disember depan bagi menilai kelulusan yang dimohon oleh syarikat farmaseutikal, Pfizer dan firma bioteknologi, BioNTech berhubung penggunaan vaksin Covid-19. 

“FDA menegaskan  bahawa soal ketelusan dan dialog adalah sangat kritikal bagi orang ramai menyakini vaksin Covid-19. 

“Saya mahu memastikan rakyat Amerika bahawa proses dan penilaian data FDA bagi vaksin Covid-19 yang berpotensi itu akan dikaji dengan setelusnya,” kata Ketua Organisasi FDA, Stephen Hahn. 

Beliau berkata, pihaknya tidak boleh menjangkakan berapa lama proses penilaian itu akan mengambil masa tetapi Kerajaan Amerika Syarikat (AS) memaklumkan kebenaran berkemungkinan diberikan pada Disember depan. 

Ketua Eksekutif Pfizer, Albert Bourla menyifatkan proses itu adalah satu perjalanan kritikal bagi membekalkan vaksin Covid-19 ke seluruh dunia. 

Ketika ini, vaksin keluaran Pfizer, BioNTech serta Moderna mendahului syarikat lain di seluruh dunia dalam penghasilan vaksin Covid-19. 

Dalam perkembangan lain, anak sulung lelaki Presiden AS, Donald Trump, Don Jr disahkan positif Covid-19 dan kini menjalani kuarantin tanpa sebarang gejala. 

“Don disahkan positif awal minggu ini dan menjalani kuarantin sejak keputusan diketahui.

“Beliau benar-benar tidak menunjukkan sebarang gejala setakat ini dan mengikuti semua panduan Covid-19 yang disyorkan secara perubatan,” kata jurucakapnya.  

Keputusan itu sekali gus menyaksikan Trump Jr adalah individu terbaharu yang berkaitan dengan White House dijangkiti wabak itu selepas bapanya; isteri presiden, Melania dan anak bongsu lelaki Trump, Barron.  -AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya