Trump naik angin pecat setiausaha pertahanan - Utusan Malaysia

Trump naik angin pecat setiausaha pertahanan

MARK ESPER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

WASHINGTON: Biarpun pertikaian keputusan Pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) belum reda, Donald Trump dilaporkan memecat setiausaha pertahanan negara ini, Mark Esper.

Dalam tempoh berbaki hanya 10 minggu di White House, tindakan itu meningkatkan kebimbangan bahawa Trump berkemungkinan memecat lebih banyak pegawai tertinggi kerajaan AS sebagai ‘menzahirkan kekecewaannya’ terhadap keputusan pilihan raya tersebut.

Selain itu, Trump juga dipercayai dalam pertimbangan untuk memecat Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Chris Wray dan Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA), Gina Haspel.

Pemimpin berusia 74 tahun itu didakwa berang dengan kedua-dua pegawai tersebut kerana tidak menyokong usahanya untuk dipilih semula sebagai presiden negara ini.

Dalam pada itu, Senator Demokrat, Mark Warner memberitahu dia sangat terganggu dengan pemecatan Esper. 

Senator Demokrat, Mark Warner berkata, dia berasa ‘terganggu’ dengan berita pemecatan Esper.

“Perkara terakhir yang diperlukan oleh AS adalah perlindungan keselamatan yang penting dan menyeluruh.

“Trump tidak melepaskan kemarahan serta kekecewaaanya dengan memecat mana-mana pegawai penting, terutamanya melibatkan sektor keselamatan negara ketika beliau meninggalkan White House kelak,” katanya.

Dalam pada itu, Peguam Negara AS, William Barr memberi kebenaran kepada pendakwa raya persekutuan untuk membuka siasatan mengenai penyelewengan pengundian, selepas Trump terus mendesak pengiraan undi perlu dilakukan semula kerana dipenuhi dengan penipuan.

Barr, yang sudah lama menjadi pembela Trump, menegaskan bahawa suratnya kepada peguam AS di seluruh negara itu tidak menunjukkan berlakunya kes penipuan dalam pilihan raya presiden baru-baru ini.

Sebaliknya, langkah itu dilihat sebagai usaha membuktikan ketelusan dalam sistem pilihan raya negara, sama seperti Parti Republikan mengemukakan tuntutan pengundian dan pengiraan undi haram di beberapa negeri.

“Pertanyaan dan tinjauan mengenai penipuan dalam pilihan raya boleh dilakukan jika ada bukti yang jelas dan berpotensi mempengaruhi keputusan pilihan raya persekutuan di setiap negeri,” ujarnya. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya