SWF Indonesia bukan seperti 1MDB - Utusan Malaysia

SWF Indonesia bukan seperti 1MDB

ERICK THOHIR memberi jaminan dana wakaf pelaburan tidak akan berlaku seperti skandal 1MDB. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Menteri Badan Usaha Milik Negara (BUMN), Erick Thohir memberi jaminan Sovereign Wealth Fund (SWF) atau dana wakaf pelaburan yang dirancang oleh Indonesia akan diuruskan secara telus bagi mengelakkan potensi penyelewengan seperti skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Lapor CNN Indonesia, Erick mengulas mengenai SWF dalam sesi pertemuan bersama 43 Ketua Pegawai Eksekutif Antarabangsa di Forum Ekonomi Sedunia (WEF) yang diadakan secara maya.   

“Banyak persoalan dibangkitkan mengenai pelaburan, kami tegas dalam menguatkuasakan undang-undang apatah lagi ketika ini kita sedang melaksanakan SWF yang tidak mahu disamakan dengan 1MDB.

“Oleh itu, kami akan memastikan bahawa proses pengendalian SWF akan dilakukan secara telus dan sewajarnya,” katanya.

Menurut Erick, SWF akan digunakan untuk mempercepatkan projek strategik nasional yang dikendalikan oleh kerajaan.

Selain itu, beliau menegaskan bahawa kerajaan sangat menyokong pelaburan yang akan dilakukan oleh ahli perniagaan dalam dan luar negara. 

“Oleh itu, undang-undang omnibus atau program cipta kerja dilaksanakan untuk memberi sokongan berbanding mempercepatkan pembangunan ekonomi Indonesia,” katanya.

1MDB merupakan pelaburan kerajaan Malaysia yang ditubuhkan pada 2009 oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga mengetuai badan penasihat yayasan itu sehingga 2016.

Dakwaan penyelewengan dana berjumlah AS$4.5 bilion (RM18.38 bilion) masih sedang disiasat oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara lain seperti Switzerland dan Singapura.

Sejak tiga tahun kebelakangan ini, skandal itu telah menyebabkan beberapa individu ditahan, penutupan bank dan rampasan aset bernilai jutaan dolar di seluruh dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya