Saintis Islam hasilkan vaksin Covid-19  - Utusan Malaysia

Saintis Islam hasilkan vaksin Covid-19 

PASANGAN suami isteri, Ugur Sahin dan Oezlem Tuereci membangunkan vaksin Covid-19 yang didakwa 90 peratus berkesan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pasangan saintis beragama Islam dari Turki, Ugur Sahin dan Oezlem Tuereci merupakan individu di sebalik penghasilan vaksin Covid-19 yang didakwa 90 peratus berkesan untuk menangani jangkitan virus itu.

Lapor Muslim Mirror dan Daily Mail, Ugur, 55, bersama isterinya, Oezlem, 53, membentuk `pasukan impian’ yang memberi harapan sebenar kepada dunia menerusi pembangunan vaksin itu.

Syarikat farmaseutikal dari Amerika Syarikat (AS), Pfizer dan firma bioteknologi Jerman, BioNTech mendakwa vaksin Covid-19 yang dibangunkan secara bersama itu terbukti 90 peratus berkesan dan akan disediakan dengan segera.  

Ugur yang dilahirkan di Iskenderun, Turki dan dibesarkan di Jerman, berasal dari sebuah keluarga migran yang bekerja di kilang Ford.

Beliau yang dilatih sebagai doktor, menjadi profesor dan penyelidik dengan pengkhususan dalam bidang imunoterapi. 

Oezlem pula adalah salah seorang ahli lembaga BioNtech, syarikat yang dimiliki oleh suaminya yang juga memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif.  

Beliau merupakan anak perempuan kepada doktor warga Turki yang juga berhijrah ke Jerman.

Ugur bekerja di beberapa hospital di Cologne dan di bandar barat daya Homburg, yang mana beliau bertemu dengan pakar imunologi, Oezlem semasa peringkat awal kerjaya akademiknya.

Pasangan tersebut kemudian berkahwin pada tahun 2002 dan mempunyai seorang anak perempuan.

Ugur dan Oezlem mengasaskan bersama syarikat BioNTech pada tahun 2008 dengan tujuan mencari alat imunoterapi kanser yang jauh lebih luas.

Menurut laporan itu, kedua-dua suami isteri itu suka merendah diri dan menjalani kehidupan sederhana meskipun tergolong dalam senarai 100 orang paling kaya di Jerman.

Sumbangan mereka dalam pembangunan vaksin Covid-19 dilihat sebagai peristiwa bersejarah di dunia malah memberi harapan kepada berjuta-juta rakyat yang menderita akibat wabak itu.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN