Sabarlah, kita akan menang - Biden - Utusan Malaysia

Sabarlah, kita akan menang – Biden

JOE BIDEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Calon Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) 2020 dari Parti Demokrat, Joe Biden sekali lagi menggesa rakyat negara ini untuk kekal bertenang dan bersabar ketika proses pengundian dilakukan di segelintir negeri lagi yang memegang kunci ke White House.  

Biden dalam satu ucapan di Wilmington, Delaware berkata, meskipun pihaknya belum mempunyai pengumuman keputusan rasmi namun jumlah undi yang diperoleh setakat ini jelas menunjukkan partinya akan memenangi pilihan raya kali ini.    

“Lihatlah jumlah undian diperolehi yang bakal memberi kemenangan dalam pilihan raya ini dengan majoriti yang jelas, rakyat berada bersama kita.

“Malah, kita sudah meraih lebih 74 juta undi,” katanya. 

Sehingga kini, Biden terus mendahului pencabarnya, Donald Trump dalam jumlah undian elektoral dengan memperoleh 264 undi manakala calon dari Parti Republikan pula mencatat sebanyak 214 undi. 

Biden memerlukan sekurang-kurangnya enam lagi undi atau lebih untuk memenangi majoriti 270 undi elektoral sekali gus membolehkan beliau menjadi Presiden AS.

Setakat ini, Biden kekal mendahului di beberapa negeri antaranya Georgia, Nevada dan Pennsylvania dan Arizona.

Bagaimanapun, pihak berkuasa pilihan raya di Georgia mengumumkan perkiraan semula selepas perbezaan tipis dalam undian antara dua calon tersebut. 

Jelasnya, beliau amat yakin bahawa keputusan terakhir akan memihak kepadanya.

Biden malah berkata, beliau bersama gandingannya, Kamala Harris akan untuk bertemu dengan pakar ekonomi dan kesihatan selain mempunyai pelan sedia ada untuk menangani pandemik Covid-19 dan krisis ekonomi sejurus selepas mengambil alih White House.     

 

Apa yang Biden katakan

Beliau berada di landasan betul untuk memperoleh lebih 300 undi elektoral dan menegaskan ramai rakyat telah mengundi kempennya berbanding mana-mana calon presiden dalam sejarah pilihan raya AS. 

 

Apa akan berlaku selepas ini ?

Sekiranya, Biden diisytiharkan menang dalam pilihan raya presiden minggu ini, pasukannya dijangka mula proses pengambilalihan pada Isnin depan.

Perkhidmatan Perisikan AS telah menghantar anggota tambahan ke Delaware untuk meningkatkan kawalan keselamatan Biden.

 

Suasana di dalam White House

Menurut sumber White House, Trump berasa marah dan kecewa kerana lebih banyak sekutunya tidak berpihak kepadanya sama ada berada di televisyen atau di jalanan.  

Sementara itu, Mahkamah Agung AS menolak permohonan Parti Republikan yang meminta menghentikan segera pengiraan kertas undi yang tiba lewat pada 3 November di Pennsylvania.

Hakim Samuel Alito memerintahkan buat masa ini, kertas undi pada hari pengundian itu diasingkan dengan kertas undi yang tiba lewat.

Injunksi segera itu difailkan oleh parti Republikan ketika Biden sudah mendahului Trump selepas pengiraan undi pos yang kini masih berlangsung. – Agensi/AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN