Pelacuran online, dua selebriti ditahan - Utusan Malaysia

Pelacuran online, dua selebriti ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Polis Tanjung Priok menahan seorang personaliti media sosial dan pelakon drama yang didakwa terlibat dalam kegiatan pelacuran secara dalam talian di sebuah hotel di Sunter, Jakarta Utara kelmarin.

Lapor CNN Indonesia, kedua-dua selebriti itu hanya dikenali sebagai ST serta MA, selain polis turut menahan seorang lelaki dan perempuan berhubung kes berkenaan.

Penangkapan itu disahkan oleh Ketua Jabatan Perhubungan Awam Polis Metro Jaya, Yusri Yunus.

Ketua Polis Tanjung Priok, Hadi Suripto berkata, polis juga menemukan sejumlah bahan bukti ketika menahan kesemua suspek.

Katanya, antara bahan yang dirampas termasuk telefon pintar dan alat pencegahan kehamilan.

“Kedua-dua selebriti itu negatif dadah berdasarkan ujian air kencing dan siasatan lanjut masih dilakukan.

“Polis akan membuat sidang akhbar berhubung kes tersebut selepas semua maklumat diperoleh,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya