NLD dakwa menang pilihan raya Myanmar - Utusan Malaysia

NLD dakwa menang pilihan raya Myanmar

AUNG SAN SUU KYI membuang undi ketika Pilihan Raya Umum Myanmar di Naypyidaw. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Parti pemerintah Myanmar, Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) pimpinan Aung San Suu Kyi yakin akan memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya umum negara ini.

Jutaan penduduk beratur keluar mengundi semalam dalam pilihan raya umum kedua sejak negara ini bebas dari pentadbiran junta tentera pada 2011.

Biarpun tiada pengumuman rasmi dilakukan, para penyokong NLD dan suu Kyi meraikan ‘kemenangan’ parti itu dengan melakukan konvoi kenderaan di utara Yangon sambil memakai baju merah serta mengibarkan bendera parti.

Jurucakap NLD, Myo Nyunt berkata, maklumat yang diperoleh daripada ejen parti di seluruh Myanmar menunjukkan NLD memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya umum kali ini.

“Kami jangka kami akan memenangi 390 kerusi di Parlimen, sekali gus memecah rekod pilihan raya 2015,” katanya.

Pada 2015, NLD memenangi pilihan raya umum yang diadakan, namun terpeka berkongsi kuasa dengan pihak ketenteraan yang menguasai tiga kementerian utama dan suku daripada kerusi Parlimen. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN