MIT dalang serangan Lembantongoa? - Utusan Malaysia

MIT dalang serangan Lembantongoa?

ANGGOTA POLIS melihat rumah yang dibakar dalam serangan keganasan di Lembantongoa, Sulawesi Tengah, Indonesia. - ANTARA FOTO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PALU: Kumpulan militan Mujahidin Indonesia Timur (MIT) didakwa menjadi dalang serangan keganasan yang menyaksikan empat penduduk beragama Kristian dibunuh dan perkampungan Lembantongoa, Sulawesi Tengah dibakar dalam satu insiden pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Sigi, Yoga Priyahutama berkata, pihaknya mengesahkan serangan didalangi oleh MIT selepas menunjukkan gambar ahli itu kepada kenalan mangsa.

Katanya, kumpulan pengganas itu pada mulanya menyerang sebuah gereja di kampung tersebut, namun disebabkan tiada orang, kumpulan itu bertindak membakar rumah ibadat berkenaan.

“Kemudian, anggota MIT menyerang rumah penduduk termasuk membakar kediaman mereka,” katanya seperti yang dilapor CNN Indonesia.

Ketua Kampung Lembantongoa, Rifai berkata, seorang daripada mangsa dipenggal kepala, manakala yang lain ditikam dan dibakar hidup-hidup dalam rumah.

Polis setakat ini masih belum membuat sebarang tangkapan dan motif serangan juga masih belum dikenal pasti.

Jelas polis, MIT merupakan satu daripada kumpulan radikal di Asia Tenggara yang bersumpah setia untuk berjuang bersama Daesh.

Sementara itu, beberapa pakar perisikan dan keganasan sebelum ini berpendapat serangan tersebut bermotifkan balas dendam atau cuba memberi tekanan kepada masyarakat serta pihak berkuasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.