fbpx

1 Disember 2020, 7:55 am

  TERKINI

Lagi kes pelanggan Maybank hilang duit

SATU lagi kes pelanggan kehilangan duit yang disimpan di Maybank dilaporkan berlaku di Solo, Jawa tengah, Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Indonesia dikejutkan lagi dengan insiden kehilangan duit simpanan milik pelanggan Maybank berjumlah 72.6 juta rupiah (RM21,033) dan kejadian terbaharu itu dilaporkan berlaku di Solo, Jawa tengah.

Lapor Kompas.com, Ketua Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan (OJK) Solo, Eko Yunianto mengaku pihaknya menerima aduan pelanggan yang kehilangan wang itu semalam. 

“Kami sudah menerima aduan daripada pelanggan tersebut dan kami cuba mengatur pertemuan antara pelanggan berkenaan dengan pihak Maybank,” katanya.

Wang milik pelanggan yang dikenali sebagai Candra itu disimpan di Maybank cawangan Urip Sumoharjo, Solo dipercayai hilang pada 11 Jun lalu. 

Menurut peguamnya, Gading Satria Nainggolan, kehilangan wang itu berpunca daripada kad transaksi wang elektronik (ATM) yang tidak lagi berfungsi. 

Dia hanya boleh mengaktifkan semula kadnya dengan menggantikan kad baharu pada 15 Jun. 

Bagaimanapun, semasa pengaktifan semula, cawangan itu tidak bertanyakan alasan penukaran kad tersebut. 

“Selepas dia memiliki kad baharu yang diaktifkan semula semalam, dia datang ke Maybank dan mencetak baki akaun banknya. Dari situ baru dia dapat tahu wangnya bernilai 72 juta rupiah hanya tinggal 80,000 rupiah (RM23) sahaja,” ujarnya. 

Dalam pada itu, jurucakap Maybank Indonesia, Tommy Hersyaputera berkata, pihak bank mengamalkan tahap keselamatan tinggi bagi sistem perbankan digital seperti ditetapkan pihak berkuasa bagi memastikan integriti dan keselamatan wang simpanan setiap transaksi pelanggan. 

“Kami perlu jelaskan transaksi itu adalah dilakukan secara digital dan bukannya transaksi yang dibuat di cawangan. 

“Kami menerima aduan itu sejak Jun lalu dan penyiasatan menunjukkan berlakunya pemindahan wang melalui telefon pelanggan ke akaun pihak ketiga serta melalui ciri-ciri keselamatan ditetapkan,” jelasnya. 

 

BERITA BERKAITAN