Kemenangan Biden beri manfaat kepada Indonesia - Utusan Malaysia

Kemenangan Biden beri manfaat kepada Indonesia

KEMENANGAN Joe Biden boleh mempengaruhi pertumbuhan ekonomi di Indonesia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Indonesia bakal memperoleh pelbagai manfaat selepas Joe Biden menang dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) 2020.

Antara faedah kepada negara ini termasuk membantu pertumbuhan sektor ekonomi dan pelaburan.

Penganalisis ekonomi dari Institut Pembangunan Ekonomi dan Kewangan (INDEF), Abra el Talattov berkata, Indonesia sudah bersedia menerima kepemimpinan baharu AS yang diterajui oleh Biden.

Katanya, selain persoalan mengenai bagaimana Indonesia boleh menangani pandemik Covid-19 dan meningkatkan daya beli dalam kalangan rakyat, terdapat beberapa faktor lain yang mempengaruhi pertumbuhan ekonomi di negara ini dan satu daripadanya adalah kepemimpinan di AS.

“Sebelum ini ada pihak yang jangka jika pemimpin dari Demokrat menang pilihan raya, ekonomi AS boleh ditingkatkan dengan pantas dan lebih besar.

“Dalam krisis yang berlaku, AS mungkin meningkatkan pengaliran dana dan langkah itu boleh memberi manfaat kepada negara lain termasuk Indonesia,” katanya seperti yang dilapor Liputan6.

Jelas beliau, strategi itu dilihat sebagai satu daripada cara AS boleh salurkan bantuan dana kepada Indonesia untuk bentuk pemulihan ekonomi di negara ini.

Kata Talattov, pengaliran dana tersebut boleh menjadi likuiditi tambahan untuk ekonomi Indonesia pada tahun mendatang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN