Jokowi sedia jadi orang pertama - Utusan Malaysia

Jokowi sedia jadi orang pertama

JOKO Widodo tidak menolak untuk menjadi orang pertama di Indonesia yang menerima suntikan vaksin Covid-19. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) bersedia menjadi individu pertama di negara ini yang menerima suntikan vaksin Covid-19.

Perkara tersebut disampaikan oleh pemimpin itu menerusi satu wawancara di saluran Kompas TV.

Katanya, beliau tidak menolak untuk menjadi orang pertama yang menerima suntikan tersebut jika sudah diputuskan oleh pasukan vaksin Covid-19.

“Saya sudah bersedia untuk disuntik dengan vaksin Covid-19 kerana saya juga ingin lihat sejauh mana keberkesanan ubat tersebut,” katanya.

Namun, Jokowi meminta rakyat agar tidak salah faham dengan kesediaan beliau menerima suntikan tersebut.

Jelas beliau, kesediaan itu tidak mempunyai kaitan dengan pangkat beliau sebagai presiden negara ini.

“Saya tidak mahu rakyat fikir disebabkan saya adalah Presiden Indonesia, maka saya menerima suntikan itu dahulu, sedangkan kebajikan rakyat perlu diutamakan.

“Ingin saya jelaskan bahawa kerajaan sudah mempunyai senarai penerima vaksin tersebut,” ujarnya.

Vaksin Covid-19 dijangka memasuki pasaran Indonesia pada akhir bulan ini.

Selain itu Jokowi juga memberitahu, sejumlah petugas barisan hadapan akan menerima suntikan tersebut lebih awal bagi membolehkan mereka mendapat perlindungan ketika bekerja di lapangan.

“Kumpulan doktor, jururawat dan guru antara yang akan menerima suntikan vaksin awal,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.