WASHINGTON: Calon presiden dari Demokrat, Joe Biden terus mendahului pencabarnya, Donald Trump dalam jumlah undian elektoral.
Sehingga kini, Biden memperoleh 264 undian, manakala Trump mencatat sebanyak 214 undi.
Biden memerlukan sekurang-kurangnya enam lagi undi atau lebih untuk memenangi majoriti 270 undi elektoral.
Calon Demokrat itu juga membuat kejutan apabila berjaya merampas Michigan yang dilihat kubu kuat Trump. – AFP









