AstraZeneca-Oxford akui kesilapan - Utusan Malaysia

AstraZeneca-Oxford akui kesilapan

SUKARELAWAN menerima dos vaksin lebih rendah dilindungi lebih baik berbanding mereka diberi dua dos penuh. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Syarikat gergasi farmasi, AstraZeneca dan Universiti Oxford mengakui wujudnya kesilapan pembuatan sehingga menimbulkan keraguan terhadap hasil keputusan awal eksperimen vaksin Covid-19 yang telah dijalankan.

Kenyataan mengenai kesilapan itu dikeluarkan selepas kedua-dua pihak itu menyifatkan vaksin dibangunkan mereka amat berkesan selain tidak menyatakan punca sebilangan peserta ujian klinikal tidak menerima seberapa dos vaksin dalam dua suntikan pertama seperti dijangkakan.

Lebih mengejutkan apabila kumpulan sukarelawan yang menerima suntikan dos lebih rendah menunjukkan perlindungan lebih baik berbanding mereka yang diberi dua dos penuh.  

Menurut AstraZeneca, vaksin mencatatkan keberkesanan sebanyak 90 peratus dalam kalangan kumpulan sukarelawan yang diberi dos rendah.

Manakala bagi kumpulan sukarelawan menerima dua dos penuh pula, vaksin melaporkan 62 peratus berkesan.  

Tambah firma itu, gabungan hasil keputusan itu menunjukkan vaksin tersebut hanya 70 peratus berkesan. 

Hasil keputusan yang dilaporkan oleh syarikat berkenaan telah menimbulkan pelbagai persoalan daripada pakar.  

Keputusan diumumkan Isnin lalu adalah daripada kajian yang sedang berlangsung di United Kingdom (UK) dan Brazil bagi menentukan dos vaksin optimum serta meneliti tahap keselamatan dan keberkesanan. 

Dalam pada itu, Universiti Oxford dalam satu kenyataan menjelaskan sebilangan botol digunakan dalam ujian klinikal tidak mempunyai kepekatan vaksin yang tepat sehingga beberapa sukarelawan mendapat setengah dos. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya