Ashley ‘anak ayah’ - Utusan Malaysia

Ashley ‘anak ayah’

ASHLEY Biden (kiri) selesa dengan gaya hidup sederhana. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh ADLINAHANI KHALIL

[email protected]

NAMANYA mungkin tidak terkenal seperti anak perempuan Donald Trump iaitu Ivanka yang sering mendapat perhatian media antarabangsa.

Namun, kemenangan yang diraih bapanya, iaitu Joe Biden dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat 2020 baru-baru ini mungkin bakal mengubah kehidupannya.

Ashley Biden merupakan anak bongsu dalam keluarganya terkenal dengan gaya hidup santai dan sederhana.

Wanita berusia 39 tahun itu aktif dalam memperjuangkan reformasi keadilan jenayah dan membuat kebajikan yang boleh memberi faedah kepada golongan memerlukan.

Ashley juga merupakan pengasas kepada satu jenama pakaian yang dihasilkan khas untuk amal kebajikan.

Dilahirkan di Wilmington, Delaware pada 8 Jun 1981, Ashley mempunyai dua abang tiri iaitu Beau dan Hunter Biden yang merupakan anak hasil perkahwinan pertama bapanya dengan mendiang Neilia Hunter yang juga mempunyai anak perempuan dinamakan Naomi.

Pada 1972, Neilia dan Naomi maut dalam kemalangan kereta ketika Biden baru berkhidmat dalam penggal pertama sebagai Senator.

 

Adik-beradik Biden disifatkan sangat rapat antara satu sama lain.

 

Menurut Jill, selepas Ahlesy dilahirkan, dua abangnya sering menjaga dia dan hubungan mereka akrab seperti adik-beradik lain.

 

Namun, Beau meninggal dunia akibat sakit kanser otak pada 2015, meninggalkan Asley dan Hunter Biden yang kini berkhidmat sebagai peguam.

 

Walaupun bergelar anak ahli politik terkenal, Ashley lebih selesa menjalani kehidupan sederhana dan jauh daripada tumpuan pelbagai pihak termasuk media.

 

Malahan, akaun Instagramnya juga dihadkan untuk para sahabat terdekat, selain tidak suka terlalu menonjol dalam kehidupan sosialnya.

Ashley mendapat pendidikan awal di sebuah sekolah persendirian di Bloomington, Delaware sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Tulane dalam bidang antropologi.

Selepas tamat pengajian, wanita tersebut pernah bekerja sebagai pelayan restoran pizza di tempat kelahirannya.

Kerja-kerja komuniti sosial sering  menjadi minat utamanya, malah wanita itu pernah bekerja sebagai kakitangan sokongan di sebuah klinik mental untuk kanak-kanak selama empat tahun.

Selepas melanjutkan pengajian di peringkat sarjana, Ashley menghabiskan masanya dengan bekerja di pusat jagaan umum dan pusat tahanan juvenil.

Sebelum meletak jawatan bagi memberi laluan kepada bapanya untuk bertanding dalam pilihan raya presiden, Ashley merupakan Ketua Pengarah Pusat Keadilan Delaware.

Di pusat tersebut, Ashley bertanggungjawab melakukan pelbagai kajian dan menganjurkan program sokongan untuk mencegah kegiatan jenayah dalam kalangan muda.

Kisah cinta Ashley dan suaminya, Howard Krein yang merupakan pakar bedah juga jarang menghiasi majalah serta dada akhbar.

Wanita itu dan suaminya berkenalan menerusi mendiang Beau pada 2012 sebelum menjalin hubungan selama beberapa bulan dan melangsungkan perkahwinan di Delaware.

Selain meminati kerja-kerja sosial, Ashley juga mempunyai idea yang meluas dalam biadang fesyen. Katanya, dia mula meminati bidang itu sejak kecil dan sentiasa mempunyai impian untuk memiliki koleksi pakaian jenama sendiri.

Menerusi Livelihood, Ashley melahirkan inspirasinya dalam bidang fesyen dan menyampaikannya kepada golongan yang memerlukan.

Sebanyak 10 peratus daripada hasil jualan koleksi pakaian jenama itu akan disumbangkan kepada rumah kebajikan tempatan di seluruh Delaware.

Walaupun penampilannya jarang dilihat, Ashley merupakan peminat nombor satu bapanya dan sering memberi sokongan padu.

Sepanjang tempoh berkempen, Ashley dilihat sering menemani bapanya dan menggalakkan penyokong untuk mengundi Biden dalam pilihan raya lepas.

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN