AS lepasi 10 juta kes positif Covid-19 - Utusan Malaysia

AS lepasi 10 juta kes positif Covid-19

PETUGAS perubatan melakukan ujian calitan Covid-19 secara pandu masuk di Wisconsin, Amerika Syarikat. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Ketika Amerika Syarikat (AS) gembira menyambut presiden baharu mereka, negara itu terus bergelut dengan kes Covid-19 yang semakin meningkat.

Berdasarkan perhitungan Reuters, AS menjadi negara pertama di seluruh dunia dengan mencatatkan lebih 10 juta kes jangkitan Covid-19 ketika dilanda gelombang ketiga wabak tersebut.  

Perkembangan membimbangkan itu dilaporkan selepas kes Covid-19 di seluruh dunia melepasi 50 juta.

AS melaporkan sekitar sejuta kes Covid-19 dalam tempoh 10 hari terakhir, kadar jangkitan tertinggi sejak negara ini melaporkan kes koronavirus pertama di Washington pada 293 hari lalu.    

Menurut perkiraan Reuters, AS mencatatkan sebanyak 131,420 kes Covid-19 pada Sabtu lalu dan telah melaporkan lebih 100,000 jangkitan kes, empat kali ganda dalam tempoh tujuh hari yang lalu. 

AS baru-baru ini melaporkan sebanyak 105,600 kes harian iaitu meningkat sekurang-kurangnya 29 peratus lebih tinggi berbanding jumlah purata gabungan kes di India dan Perancis.   

Lebih 237,000 rakyat AS telah meninggal dunia akibat wabak Covid-19 sejak jangkitan virus itu bermula di China pada akhir tahun lalu.

Berdasarkan kaji selidik Reuters, purata kes kematian baharu yang dilaporkan di AS menyumbang satu daripada setiap 11 kematian dicatatkan di seluruh dunia setiap hari. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN