43 buaya terlepas, penduduk resah - Utusan Malaysia

43 buaya terlepas, penduduk resah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Penduduk di Tangerang khususnya yang tinggal berhampiran Sungai Cisadane dilanda ketakutan selepas tersebar satu khabar angin memaklumkan kira-kira 43 ekor buaya terlepas ke sungai itu.

Lapor Liputan6, khabar angin yang disebar menerusi aplikasi Whatsapp itu memberitahu semua penduduk supaya tidak menghampiri sungai Cisadane kerana dikhuatiri dibaham sang bedal.

Sehubungan itu, Badan Bertindak Bencana Daerah (BPBD) Kota Tangerang melakukan pemantauan di kawasan sungai terbabit.

Ketuanya, Deni Koswara berkata, pihaknya sudah melakukan rondaan untuk mengenal pasti jika benar terdapat 43 buaya terlepas dari ladang ternakan di Bogor.

“Sudah menjadi rutin kami untuk memantau keadaan tidak diingini seperti banjir dan tanah runtuh.

“Justeru, kami sudah memeriksa keadaan di Casadane untuk memastikan sama ada berita mengenai buaya tersebut adalah benar atau palsu,” katanya.

Sementara itu, Deni juga menasihatkan semua penduduk supaya tidak panik dengan penyebaran berita tersebut, selain meminta mereka tetap berhati-hati bagi mengelak insiden tidak diingini berlaku.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN