fbpx

27 Oktober 2020, 5:59 am

  TERKINI

Meninggal dunia selepas diletak dalam peti bilik mayat

BALASUBRAMANYAM meninggal dunia selepas diletakkan dalam peti bilik mayat di Tamil Nadu, India. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Seorang lelaki warga emas berusia 74 tahun yang di sangka sudah meninggal dunia dan diletakkan dalam peti beku di bilik mayat, meninggal dunia selepas beberapa diselamatkan.

BBC melaporkan, Balasubramanyam diisytiharkan meninggal dunia oleh doktor di sebuah hospital swasta di Tamil Nadu pada awal minggu ini dan diletakkan di dalam bilik mayat.

Lelaki itu disedari masih hidup selepas petugas hospital ingin membawa ‘mayatnya’ ke pusat pengebumian.

Petugas hospital tersebut memaklumkan badan Balasubramanyam menggigil kerana kesejukan dan sejurus itu, dia segera dibawa ke bilik kecemasan untuk rawatan.

Selepas empat hari bertarung nyawa, lelaki itu akhirnya meninggal dunia hari ini.

POPULAR