Cip tahi lembu kurangkan radiasi telefon bimbit - Utusan Malaysia

Cip tahi lembu kurangkan radiasi telefon bimbit

VALLABHBHAI Kathiria menunjukkan ‘cip tahi lembu’ yang boleh digunakan untuk mengurangkan radiasi telefon bimbit. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Sebuah badan persekutuan bagi sektor penternakan di India baru-baru ini mencetuskan kontroversi apabila memperkenalkan ‘cip yang diperbuat daripada tahi lembu’ untuk mengurangkan tahap radiasi telefon bimbit.

Lapor Oddity Central, pengerusi badan tersebut, Vallabhbhai Kathiria memaklumkan, cip tahi lembu yang diberi nama ‘Gausatva Kavch’ itu bakal dikeluarkan oleh sebuah syarikat penternakan lembu sebagai inisiatif untuk mempromosi kegunaan bahan buangan haiwan tersebut.

Vallabhbhai memberitahu, syarikat tersebut menyasarkan untuk menghasilkan kira-kira 500 keping cip tahi lembu yang dijangka berharga 50 rupee (RM2.83) hingga 100 rupee (RM5.66).

“Menerusi badan persekutuan, cip tahi lembu bukan sahaja dijual di negara ini, malah akan dieksport ke luar negara termasuk Amerika Syarikat (AS).

“Tahi lembu merupakan antiradiasi. Jika anda menggunakan cip ini dalam telefon bimbit, ia dapat membantu mengurangkan tahap pendedahan radiasi yang dikeluarkan,” katanya.

Selain itu, Vallabhbhai turut memberi jaminan bahawa cip tersebut berkesan untuk digunakan dalam makmal dan bilik kuliah kolej.

Namun, para saintis menolak idea tersebut dengan menegaskan kajian teliti perlu dilakukan bagi membuktikan tahi lembu benar-benar berkesan mengurangkan radiasi.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN