Kapal layar ‘kepala angsa’ bernilai RM2.1 bilion - Utusan Malaysia

Kapal layar ‘kepala angsa’ bernilai RM2.1 bilion

PEMILIK Avanguardia boleh mengendalikan kapal layar itu dari bahagian 'kepala angsa' yang berfungsi sebagai menara kawalan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pereka Itali Lazzarini mendedahkan beberapa gambar rekaan grafik kapal layar terbaharunya, Avanguardia yang menyerupai bentuk angsa.

Lapor Daily Mail, kapal layar seumpama pertama itu menampilkan reka bentuk ‘leher’ ramping serta badan kapal berlapis yang elegan dan menarik, bertujuan menyerupai sayap dan bulu angsa.

Jelas laporan itu, pemilik Avanguardia juga boleh me­ngendalikan kapal layar itu dari bahagian ‘kepala angsa’ yang berfungsi sebagai menara kawalannya.

Kapal layar mega berbentuk angsa sepanjang 137 meter di­jangka menelan kos perbelanjaan sebanyak AS$500 juta (RM2.1 bilion).

Bahagian kepala kapal layar itu juga boleh diubah menjadi bot tambahan.

Dilaporkan, Avanguardia dapat menampung hingga 60 penumpang termasuk 24 tetamu dan anak kapal, malah turut dilengkapi dengan dua helikopter yang diletakkan di dalam dua hangar kapal layar itu.

Lazzarini yang merupakan pereka konsep kapal layar itu berkata, Avanguardia juga dilengkapi dengan dua ‘kapsul jet’ iaitu kapal mini yang boleh digunakan untuk pelayaran di laut.

Seorang jurucakap Lazzarini berkata, kapal layar itu diilhamkan oleh komik manga Jepun pada tahun 1970an.

Katanya, Avanguardia yang mempunyai ciri-ciri rekaan masa depan boleh menjadi rea­liti sekiranya pelanggan sanggup melabur sebanyak AS$500 juta untuk pembinaannya.

Kapal layar besar itu juga mempunyai lima dek utama dan enjin jet Rolls Royce yang boleh mencapai 18 knot.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya