Selamat tinggal Kota Mekah - Utusan Malaysia

Selamat tinggal Kota Mekah

JEMAAH berdoa selepas menunaikan ibadah melontar di Mina. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH: Musim haji tahun ini berlangsung cukup istimewa dengan ‘tetamu Allah’ yang di­pilih sekitar 10,000 orang, berbanding 2.5 juta jemaah pada tahun-tahun sebelumnya.

Semuanya ‘angkara’ Covid-19 membuatkan kerajaan Arab Saudi mengehadkan bilangan jemaah bagi membendung penularan virus.

Penjarakan fizikal dikuatkuasakan bagi setiap rukun haji termasuk ketika tawaf dan melontar jamrah.

Malah, batu kerikil untuk melontar juga sudah siap di­sanitasi dan dibungkus untuk jemaah selain penyediaan makanan yang dijaga rapi bagi mengelak sebarang kemungkinan jangkitan Covid-19.

Awalnya, ramai yang kecewa kerana tidak dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci namun semua itu dilakukan oleh peme­rintah Arab Saudi atas faktor keselamatan dan kesihatan.

Ada juga penduduk tempatan yang mencuba nasib untuk menunaikan haji tetapi ditahan pihak berkuasa kerana tidak mendapat kebenaran.

Secara jelas, tindakan mengehadkan jumlah jemaah bukan sahaja memberi kesan emosi kepada umat Islam serata dunia, penduduk tempatan juga merasai perkara sama.

Semalam, sebilangan jemaah melakukan tawaf wada’, mengucapkan selamat tinggal kepada Kota Mekah dan berdoa serta mengharapkan Covid­-19 segera hapus agar ibadah haji 2021 dapat dijalankan seperti biasa.

Terdahulu, sebaik sahaja selesai mengerjakan ibadah me­lontar jamrah al-aqabah, jemaah menerima cenderamata kenang-kenangan daripada Kementerian Haji dan Umrah.

Kementerian Kesihatan Arab Saudi mengesahkan tiada jemaah haji yang dijangkiti Covid-19 sepanjang berada di Tanah Suci.

 

54,000 LITER
PEMBASMI KUMAN

Sementara itu Saudi Gazette melaporkan, pihak berkuasa Mekah menggunakan 2,400 liter cecair pembasmi kuman setiap hari untuk membersihkan Masjidilharam sebagai langkah mencegah penularan Covid-19.

Presiden bagi Hal Ehwal Dua Masjid Suci berkata, lebih 3,500 petugas digerakkan bagi kerja-kerja membersih Masjidilha­ram, sekurang-kurangnya 10 kali sehari.

Secara keseluruhannya, sebanyak 54,000 liter cecair pembasmi kuman telah digunakan melalui 95 peralatan pembersihan yang moden.

 

DUA EKSPATRIAT
BAKAL DIHALAU

Dalam pada itu, tujuh warga tempatan ditahan kerana melanggar larangan mengangkut 17 jemaah haji tanpa izin menggunakan tiga kenderaan.

Saudi Press Agency melaporkan, mereka berdepan denda sebanyak 170,000 riyal (RM192,184) dan penjara selama 105 hari.

Antara yang ditahan adalah dua ekspatriat yang bakal dihalau keluar dari Arab Saudi selepas menjalani hukuman.

Pada 19 Julai lalu, Arab Saudi melarang mereka yang tanpa permit memasuki Tanah Suci di bawah pelan keselamatan yang ketat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.