fbpx

24 September 2020, 5:23 pm

  TERKINI

Akhirnya Hassan Diab letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Selepas seminggu Beirut ‘bermandi darah’ ekoran kejadian letupan di pelabuhan yang mengorbankan lebih 200 nyawa, Perdana Menteri, Hassan Diab mengumumkan peletakan jawatan.

Beliau membuat pengumuman itu secara langsung di televisyen, ketika negara bertambah huru hara dengan tunjuk perasaan penduduk yang marah dengan kejadian letupan tersebut.

“Saya mengumumkan peletakan jawatan kerajaan ini. Semoga tuhan melindungi Lubnan,” katanya seperti dilaporkan al-Jazeera.