Pada 30 Jun 1982, akhbar Utusan Malaysia melaporkan seorang suri rumah berumur 26 tahun ditemui mati dalam keadaan yang sangat mengerikan, akibat ditetak dengan sebilah parang di Kampung Air Boh, Jeli, Kelantan.
Suri rumah berkenaan dikenali sebagai Mek Yah Awang Kechik. Susulan kejadian itu, seorang lelaki berumur 28 tahun telah menyerah diri di Balai Polis Jeli.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 30 Jun 1982 – Penyanyi ‘superstar‘ bertaraf antarabangsa, Anita Sarawak kini muncul dengan album terbarunya berjudul ‘Damai‘ yang merupakan album pertama setelah mendirikan rumah tangga bersama Broery Marantika.
- 30 Jun 1983 – Yugoslavia menyatakan kesediaan untuk menjalankan projek pembinaan jalan raya dan stadium sukan di negara ini sebagai bayaran timbal balik terhadap pembelian getah dan timah dari Malaysia.
- 30 Jun 1986 – Bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman merasmikan kubah geodesic yang dipasang di bumbumg podium KOMTAR yang merupakan yang pertama di negara ini.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]










