Ratu Cantik Selangor dibunuh - Utusan Malaysia

Ratu Cantik Selangor dibunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 8 April 1979, akhbar Utusan Malaysia melaporkan bekas Ratu Cantik Selangor 1971, Jean Pereira, 30 tahun yang dijadualkan melangsungkan perkahwinannya tidak lama lagi telah dibunuh di dalam sebuah kereta di persimpangan Jalan Subang/Klang.

Jean Pereira yang bertugas sebagai seorang guru di Maktab Perguruan Ilmu Khas Cheras, mati dalam keadaan berlumuran darah dengan badannya masih terikat dengan tali pinggang keledar kereta berkenaan.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 8 April 1976 – Artis terkenal Indonesia yang beragama Islam, Emilia Contessa, 18, mencetuskan kontroversi ekoran tersebarnya gambar perkahwinan beliau dengan seorang jejaka, Rio Tambunan, 40 yang merupakan seorang penganut agama Kristian.
  • 8 April 1977 – Juara tinju heavyweight dunia, Muhammad Ali bakal berkahwin buat kali ketiga dengan teman wanitanya, Veronica Porche pada bulan Jun ini.
  • 8 April 1978 – Helikopter Nuri milik TUDM telah membuat satu penerbangan kecemasan dengan membawa seorang wanita, Maimunah Yahya yang sedang kritikal dari Muar, Johor ke Hospital Besar Kuala Lumpur.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN