Aliran wang ke luar negara diperketatkan - Utusan Malaysia

Aliran wang ke luar negara diperketatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 1 April 1984, Utusan Malaysia melaporkan Bank Negara memperketatkan lagi pengawasan ke atas setiap urusan bank-bank di negara ini terutama sekali pengaliran wang ke cawangan-cawangan mereka di luar negara.

Gabenor Bank Negara, Tan Sri Abdul Aziz Taha memaklumkan, langkah tersebut menjadi bertambah penting setelah terbongkarnya skandal pinjaman jutaan ringgit oleh Bumiputra Malaysia Finance (BMF) di Hong Kong.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 1 April 1983 – Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Salleh mengharamkan Agensi Berita Bernama dan New Straits Times daripada membuat sebarang liputan sidang akhbar dan acara-acara kerajaan negeri.
  • 1 April 1984 – Sebanyak 14 rekod baru telah dicipta di Kejohanan Olahraga Tahunan Ke-60, Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH) di Alor Setar, Kedah.
  • 1 April 1985 – Koperasi Pekebun Kecil Daerah Segamat Berhad (KOPEDAS) yang ditubuhkan pada 13 Januari 1981 merupakan salah sebuah koperasi pekebun kecil paling maju di Negeri Johor.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN