Islam di Malaysia jadi contoh terbaik - Utusan Malaysia

Islam di Malaysia jadi contoh terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 27 Mac 1984, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Presiden Pakistan, Mohammad Zia Ul-Haq memaklumkan, usaha-usaha penerapan nilai-nilai Islam di negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah contoh yang menunjukkan bahawa Islam merupakan agama yang moderate dan tidak ekstrim.

Beliau turut menegaskan bahawa Pakistan berbangga dengan usaha-usaha yang dijalankan oleh Malaysia dalam mengembangkan keagungan agama Islam.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 27 Mac 1984 – PDRM bakal mengedarkan buku yang bertajuk ‘Manusia dan Islam’ kepada semua anggotanya dalam usaha untuk menerapkan nilai-nilai Islam dalam pasukan polis.
  • 27 Mac 1985 – Kerajaan Negeri Pahang telah memperuntukkan satu kawasan seluas 20,000 hektar di hutan simpan Kemansul, Mentakab untuk dijadikan projek ladang hutan kompensatori.
  • 27 Mac 1986 – Bahagian Perlesenan Kementerian Penerangan berjaya mengutip RM40.69 juta hasil bayaran lesen radio dan televisyen untuk tahun 1985 berbanding RM38.88 juta untuk tahun sebelumnya.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN