Pada 26 Mac 1979, akhbar Utusan Malaysia melaporkan waris anggota Rukun Tetangga dan RELA akan menerima ganjaran sebanyak RM20,000 sekiranya seseorang anggota badan berkenaan terkorban semasa menjalankan tugas.
Pengumuman tersebut disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Abdullah Ayub. Beliau turut memaklumkan, “Kerajaan akan memberikan pampasan sebanyak RM10,000, manakala RM10,000 lagi melalui Skim Insurans Berkelompok“.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 26 Mac 1975 – Kerajaan Negeri Sarawak dan Petronas telah bersetuju mengenai perjanjian perkongsian hasil minyak di negeri berkenaan yang membolehkan negeri itu menerima hasil sebanyak lima peratus daripada jumlah pengeluaran minyak.
- 26 Mac 1977 – Sebuah kompleks membeli belah paling moden di Kuala Lumpur yang digelar Sungei Wang Plaza sedang rancak dalam pembinaan.
- 26 Mac 1979 – Seorang buruh binaan, Oh Tai Wah, 21 tahun dikejarkan ke Hospital Besar Kuala Lumpur setelah cedera parah akibat ditetak oleh seorang lelaki di Bamboo Garden, Jalan Ipoh.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]











