Rancangan pelan induk Wilayah Persekutuan KL - Utusan Malaysia

Rancangan pelan induk Wilayah Persekutuan KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 20 Januari 1978, akhbar Utusan Malaysia melaporkan pelan induk baru bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang meliputi kawasan seluas 94 batu persegi bakal melibatkan kawasan-kawasan Negeri Selangor.

Datuk Bandar, Tan Sri Yaacob Latiff yang mengumumkan rancangan ini turut memaklumkan, pelan induk ini bakal memasukkan beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur seperti Cheras, Batu Caves, Selayang, Kampung Pandan, Ampang, Ulu Kelang serta seluruh kawasan dalam wilayah Lembah Kelang.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 20 Januari 1977 – Seorang penyanyi, V. Sarangavani putus dua jari tangan kanannya setelah diserang oleh sekumpulan lelaki di Taman Ghazali Shafie, Kuala Lumpur.
  • 20 Januari 1978 – Pasukan keselamatan berjaya memberkas 21 orang anggota komunis bawah tanah dalam tempoh 19 hari pertama tahun ini di Negeri Johor.
  • 20 Januari 1980 – Pemain bola sepak kebangsaan, Datuk Santokh Singh menegaskan, keputusannya untuk bersara daripada arena antarabangsa adalah muktamad dan tidak akan mengubah fikirannya.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN