PKM cuba hidupkan dakyah Islam komunis - Utusan Malaysia

PKM cuba hidupkan dakyah Islam komunis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 10 Disember 1978, Utusan Malaysia melaporkan kenyataan Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar tentang Parti Komunis Malaya telah menghidupkan semula cawangan dakyah Islamnya yang berpusat di sempadan Malaysia/Thailand dengan tujuan untuk memesongkan kepercayaan orang-orang Islam daripada ajaran yang sebenarnya.

Beliau menyeru supaya umat Islam sentiasa berwaspada ketika berdakwah dan sentiasa memantau segala ajaran-ajaran syirik dan karut supaya tidak terperangkap dengan taktik kotor komunis.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 10 Disember 1976 – Krisis selama lapan hari antara 31 orang pekerja Syarikat Perkhidmatan Bas Bandar Kuantan dengan majikan telah berakhir hasil campurtangan Sultan Pahang.
  • 10 Disember 1979 – Pertubuhan Perkhidmatan Masyarakat Malaysia (MCSO) menggesa kerajaan supaya membenarkan Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menceburi industri perumahan.
  • 10 Disember 1982 – Bekas Menteri Pertanian dan dua kali menjadi Menteri Besar Perak, Tan Sri Ghazali Jawi, 58 tahun meninggal dunia di rumahnya di Lorong Gurney, Kuala Lumpur.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN