Pada 24 Disember 1987, Utusan Malaysia melaporkan sebuah pesawat MAS jenis Twin Otter terpaksa membuat pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Miri apabila sebuah pintu kecemasannya tercabut dan jatuh ke dalam hutan di Limbang, Sarawak.
Pintu kecemasan di sebelah kanan pesawat berkenaan dilaporkan tercabut akibat perbuatan salah seorang penumpang yang mengusiknya.
Pesawat yang dalam penerbangan dari Limbang ke Lawas dengan sembilan penumpang serta dua anak kapal selamat mendarat tanpa sebarang kecederaan.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 24 Disember 1985 – Kercut, sejenis rumput tempatan yang banyak di temui di Terengganu dan digunakan untuk anyaman tikar bakal menjadi bahan eksport ke Jepun.
- 24 Disember 1986 – Bekas juruhebah RTM serta Pengarah Kesatuan Penyiaran Asia (ABU), Sonny Menon dilaporkan hilang di London ketika datang menziarahi anaknya di Davis College, Brighton.
- 24 Disember 1987 – Penyanyi, Siti Fairuz muncul dengan album keduanya berjudul ‘Bila Rindu Ku Sebut Namamu’ dan dijangka menjadi lagu popular dalam masa terdekat.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]










